Monday, January 16, 2006

Dinihari yang hitam dan misteri

Dimana warna-warna yang sejati?

Aku sukakan warna kerana warna memberi kesan dalam apa yang kita lihat. Warna adalah pengenalan identity dalam memori kita. Ia juga sebuah tarikan psikologi yang dapat membantu kita berfikir. Tetapi, warna yang aku ingin ceritakan disini adalah lain dari apa yang anda akan terbayang. Buat masa ini, aku ingin membuat kesimpulan keatas empat (4) warna yang aku fikir ia perlu dikaji.

Warna: Kuning
Kuning adalah satu warna yang optimistik dan menarik perhatian. Kuning juga disimbolkan sebagai penghantar perasaan dan penarik. Jadi definasiku bagi kuning adalah mereka yang inginkan tumpuan dan ingin orang sedar.

Warna: Merah
Merah itu melambangkan garang, kemarahan atau keganasan. Ia satu warna yang menarik perhatian kita dan sedikit sebanyak mengaktifkan sifat agresif dan ketegasan dalam diri kita. Merah bagi definasiku adalah kuasa dan pengaruh.

Warna: Putih
Putih itu jernih, jelas dan suci. Ia membentuk ruang dalam pemikiran kita supaya dapat berfikir dengan jelas dan fokus. Aku sukakan putih kerana ia menjadikan aku seseorang yang berupaya untuk berfikir secara luas dan bebas.

Warna: Hitam
Hitam itu misteri. Hitam melambangkan emosi dan sifat rashsia dalam diri kita. Ia juga membentuk kekasaran yang halimunan dan padat. Bagiku, Hitam melambangkan taraf kehidupan yang berperingkat, ada egonya yang dibentuk secara ekspresif.


A Silent Rejection : Cermin diri, hias peribadi
Bila sesuatu yang kita fajarkan dalam mata minda kita indah, pada dasarnya kita bukan berada di dalam kelompok kehidupan yang sempurna. Zaman ini, yakni kurun ke 21 dilabelkan kurun peradaban manusia yang mengendahkan silaturrahim dan suka berpura-pura, kerana perhubungan komunikasi yang ingin dikecapi dipengaruh diatas kehendak dan desakan materialism yang seratus peratus dikawal dengan nasfu dan ketamakan, bukan tulus ikhlas di hati untuk kearah yang ‘bona fide’. Setiap hari aku melihat kelibat dan refleksi dari cermin LRT dan bayangkan akan pelbagai dilema yang aku terpaksa harungi. Sesetengah individu perlu bersyukur kerana mereka ini dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah. Mereka dihadirkan dengan kerjaya dan kedudukan yang sempurna, keluarga yang menyayangi dan semestinya boleh memberikan lagi ruang positif dalam kehidupan seharian mereka. Dan aku? Asap rokok memenuhi setiap ruang dan liang-liang didalam paru-paru, hasil ciptaan Tuhan ini resah. Bila aku melihat kanak-kanak dipimpin oleh ayahnda dan ibunda tersayang, nawaitul aku memang besar hajatnya inginkan seorang cahayamata. Tetapi usaha untuk dapatkannya memang tipis. Sehingga aku ingin mengambil anak angkat. Kenapa tidak mahu mengikat tali komitmen dengan seseorang? Bukan semudah itu yang perlu disoal. Soalan yang sepatutnya ditanya ‘adakah perkahwinan ini akan membahagiakan kita?’ Nak tak nak, apa yang berlaku sekarang, dilakukan bukan atas kemahuan seseorang individu tetapi desakan umum. Akhirnya, setiap rumah tangga yang dibina gentar dan musnah. Aku akan mencecah 7 tahun selepas 20 dekad pada Februari ini. Pada cita-citaku, aku ingin ‘membeli’ kehidupan dan ‘budaya’ yang seimbang (yang bukan terlalu sekular). Aku tidak pernah putus asa dalam usaha mencari tetapi aku rimas dengan keraguan yang dihimpit oleh setiap orang yang aku ingin memulakan suatu jalinan. Yang paling penting, tanda hormat dalam setiap perhubungan tidak wujud. Apa tah lagi dengan kepercayaan. Walaupun suatu ketika aku jatuh didalam lubang yang gelap. Cahaya yang aku nampak senantiasa samar, yang berpantun denganku seolah-olah peluang makin berkurangan.

Hipokrasi dibina dalam setiap manusia
Aku pernah melihat sendiri dihadapan mataku bagaimana suatu hipokrasi itu berlaku Sedar tak sedar, semua orang disekelilingku berbicara. Barangkali survival ataupun agenda masing-masing untuk mencapai suatu achievement. Hipokrasi datang dalam pelbagai bentuk. Ia cuma perlu diakui oleh mereka sendiri atau mereka terus mengendahkannya. Bagi aku, aku akui yang aku berada didalam golongan mereka yang mengakui kerana aku tidak percayakan akan kesempurnaan dalam diriku. Aku cuma boleh tekankan similariti dalam menhadirkan diri dalam barisan sempurna, walaupun aku tidak gemar kerana ia membentukkan aku kepada obliterasi dalam diriku.

Pendidikan Melayu: Perbalahannya dan kesan (Part 1)

Aku suka ilmu psikologi kerana ia berjaya memberikan aku daya dan kebolehan untuk membaca sifat dan sikap orang dalam dua imbas bacaan & analisis, hasil dari perbualan, pertuturan badan, cara pemakaian, warna dan expresi muka.

Persoalannya:
Bagaimanakah keputusan semester mu?
Kamu ada kekasih?
Bilakah kau akan mengikat tunang?
Bilakah kau ingin ijapkabul?
Bilakah kau ingin menimang cahaya mata?
Bilakah cahayamatamu ingin ke bangku Sekolah?


Bilakah itu, bilakah ini, mengapa demi mengapa soalan terus dibanjiri, yang tak pernah ada satu tanda berhenti. Ianya budaya, yang dibeli turun kemurun. Dan apabila tidak berjaya? Aku cuma pandang ke bawah keletihan. Pendidikan dan silibus yang diberikan oleh kerajaan sejak 1997 amat lemah kerana tidak setegas dahulu, dikala kita dibangku sekolah. Terima kasih kepada Jason, yang telah memberikan aku rangkapan istimewa untuk buatkan aku merenung dan berfikir kembali terhadap sistem pendidikan Negara. Tunggu, apa pula pendidikan disebut-sebutkan di sini? Ini berkait rapat dengan cara kita berfikir. Ia dibahagi dengan positif dan negatif.

Apa pandangan yang berkaitan dengan aku dan mereka sekeliling?

Paradoksnya:
1. Zaiton, kau tahu anak Yati tu gagal result SPM. Ha, tu la dia
2. Kau tahu anaknya yang dilahir kurang sempurna? Itu la, aku dah cakap, dia kan dulu suka riak.Tu la..
3.Kau tahu dia kena buang kerja! Ha, padan muka, rasakan!Puas hati aku.


Psikologi mengundang kepada motivasi, barangkali mereka patut merangkap ini:
1. Zaiton, aku lihat anak Yati baru-baru ini tak Berjaya dalam keputusan peperiksaannya. Apa kata kita mengikut perkembangan didikan anak-anak kita? Mungkin kita boleh hantar anak-anak kita ke tuisyen.
3. Aku dengar dia diberi notis berhenti kerja? Aku harap dia akan mendapat kerja yang lebih elok dan sempurna. Insya’Allah.


Bila aku berfikir, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mengelak dari dibelengu pemikiran negetif kerana ia sememangnya memudaratkan seseorang dan seterusnya merosakkan budaya kita, yang kononnya kaya dengan adat resam dan penuh dengan sopan santun (which has been abandon for 40 years ago). Fikirlah, generasi sekarang hormat kah pada veteran-veteran dan senior-senior?

Suatu sikap yang tidak diperlukan buatku
Diam tak diam, dalam hati mereka cuma ketawakan orang yang mereka memang benci, kerana ingin memenuhi sifat dengki dan iri hati mereka. Ia satu sifat universal yang didiami oleh setiap individu. Aku demi hari tarik pelbagai cara untuk membuang sifat ini dari hidup aku. Aku tak mahu dendam menguasai hidupku. Azam demi azam dah dimodulkan, tapi yang dilaksanakan, tetap tak berhasil. Orang meletakkan ‘daun sirih’ diatas dahiku ini dengan tulisan ‘aku: masalah sikap’, barangkali atau sama sekali, kita manusia, tak sempurna. Sempurna itu Nabi. Sikap itu disertakan dengan perkembangan seseorang itu; umur. Kita pernah melalui zaman-zaman kecil. Kita pernah lalui zaman-zaman muda dimana darah muda kita rancak berlegar-legar. Aku teringat satu keluarga dikawasan kediaman kami yang tak habis-habis menaburkan fitnah terhadap keluarga kami. Yang kami dapat tahu, isteri kepada pegawai Tentera tersebut iri hati dengan keluarga kami oleh kerana ibuku yang bekerja dan jenis kipas tak mati dengan ‘gossip-gossip’ antaramuka kelab isteri-isteri pegawai Tentera. Aku jijik lihat semua ini berlaku didalam komuniti Melayu. Semuanya disebabkan cemburu dan iri hati atas tanpa sebab.

Kau tak usaha kah?
Aku dah! dan setiap terbit matahari dan benamnya matahari itu, aku ingin terus mencuba. Allah tahu aku mencuba kerana DIA sahaja yang tahu usahaku, tetapi masa juga lah yang menghalang aku. Apa lah ada dengan dua puluh empat jam sehari? Namum aku terpaksa akur. Tidak sama sekali boleh dianjakkan. Aku ingin mencuba mengatur corak langkah aku kepada satu infitada yang jelas dan nyata. Sabar jugalah jawapannya walaupun sering aku diberi pendapat bahawa sesuatu yang indah bakal muncul untuk orang yang banyak bersabar. Aku rasa sabar itu sebenarnya indah. Aku pernah tergesa-gesa melakukan sesuatu dan aku dihimpit keserabutan dalam minda, sehingga dating sabar, aku terus tak henti-henti mencurahkan ilmuku dan usahaku.

Eh, kau lembab!
Ya, aku lembab! Aku tidak pernah memahami sesuatu perkara itu dengan jelas dalam masa yang singkat. Bahkan novel berjumlah 100 mukasurat pun mengambil masa 2 bulan untuk aku selesai membacanya. Sejak lahir aku mempunyai sifat lembab yang ketara. Tadika pun aku terpaksa ulangi dua kali. Matematikku senantiasa kurang memuaskan. Sering mendapat catatan dakwat merah didalam kad laporanku. Sebatan demi sebatan dibuat oleh guruku, aku dipaksa memahami walaupun aku tak dapat menyelesaikan jawapannya. Sehingga satu ketika aku dihantar ke klinik dan dihantar ke kelas pemulihan dan kaunseling.


Apa lagi yang lain kata?
Rakan terdekat aku yang aku bersemuka tiap-tiap hari ada mengelar aku pelbagai istilah, yang mungkin menjijikkan sesetengah pihak. Bagi mereka ianya satu hiburan yang mutlak. Aku sendiri tak mengerti kenapa mereka suka jadikan aku sebagai suatu bahan jenaka atau ‘scape-goat’. Kadang kala, salah juga untuk menjadi diri aku sendiri. Aku tak fikir mereka tahu bukan senang nak lalui apa yang aku hadapi setiap hari. Kalau ada kuku yang panjang, nak aku guriskan dan siatkan kulit-kulit dirata muka dan lengan dengan perasaan hina dan malu. Malah, adik beradik ku sendiri jijik dengan aku.

Dialog yang pernah buatkan aku terkilan seketika dengan ahli keluargaku:
Afiqah, kenapa abang duduk sebelah kamu, kamu terus beransur pergi?
Hafiz, kenapa abang nak sayang pipi Hafiz, Hafiz tolak. Tapi bila Kak Yang sayang, Hafiz tak kisah? Bukan ke abang yang selalu belanja Hafiz makan Pizza dan KFC tiap-tiap bulan bila abang dapat gaji? Bukan abang selalu beli mainan untuk Hafiz? Kenapa Hafiz tak sayang Abang?


Abah, Muid tak pernah tinggalkan tanggungjawab Muid untuk menjadi anak yang baik. Suatu ketika, sewaktu Abah berkhidmat dengan PBB selama setahun di Timur-timur, Muid telah mengorbankan banyak tenaga, masa dan malah mempertaruhkan kerjaya Muid. Sehinggakan majikan Muid ingat Muid main-main bila bekerja dan hilang fokus. Mama pun kadang kala tak stabil emosinya. Muid menjadi temannya bila Abah tiada. Muid terpaksa dengar dan memahaminya. Takkah Muid buktikan sesuatu?

Bagaimanakah harus aku bekerja apabila fokusku lari? Bahkan aku duduk dibangku menghadap komputerku, aku sentiasa risau akan selamatkah ayah aku di negara yang suatu ketika tidak stabil dan porak peranda? Dan bayangkan pengasuh larikan diri dan aku terpaksa berkejar-kejar menghantar adik-beradik aku ke sekolah? Adakah adik-beradik aku selamat pulang ke rumah ketika tamat waktu persekolahan? Dan ketika itu adikku yang belajar di insitusi tempatan meerlukan duit dan aku terpaksa beratur di bank dengan menaiki motorku untuk pastikan adik perempuanku mempunyai cukup wang untuk makan ketika ibuku kurang perbelanjaan. Kadang-kala kakak ku juga perlukan sokongan moral dari aku ketika beliau mempunyai masalah. Itulah tanggungjawab anak dan seorang abang.

Shieko dan Perez, ribuan terima kasih sebab kauorang prihatin terhadap anti-graviti kehidupan aku. You guys are there when I went through real deep shit and always continue to build my self-esteem and positivity.

Noni, aku tak pernah jemu dengan kehadiranmu sebagai sahabat. We’ve been trough lots of stuff, personally and emotionally. Tetapi kau buatkan aku “tepuk dada dan tanya selera” atas apa yang aku perlu pijak, sama ada diatas bumi yang nyata atau di tanah Babylon itu. Terima kasih.

Dia, dia musnahkan hidup aku tetapi sebenarnya menyemarakkan lagi semangatku untuk bangkit dari kegagalan. Kau telah membuang aku ketika aku memerlukan kamu, ketika aku yakin aku boleh berubah ke jalanmu. Percayalah, satu hari nanti, aku sedia denganNya dan bila waktu itu tiba, kau tak perlu kesal.

Buat sesiapa yang baru menimang cahayamata, selamat menghadapi rintangan ini dan berusahalah. Jangan hina atau pandang rendah akan keupayaan aku membesarkan seorang kanak-kanak. Bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan. Aku hidup dirumah sejak umur aku ‘selamanya’. Aku lihat rakan-rakanku ke asrama dan merata pergi belajar ke luar negara. Sehinggakan ketika menuntut di satu institusi, aku masih berulang alik dari rumah. Jadi, pelbagai benda aku lihat, alami dan tepatri dalam hidup aku.

Aku telah berjaya melaksanakan tugasku melihat tiga adikku yang dari suatu masa merangkak mendapatkan kasih seorang abang kepada sekarang, yang ada membenci abangnya. Aku mengiring mereka dengan kasih sayang aku yang tak berbelah bagi.

"Kamu tunggu tau. Nanti lepas balik kerja abang datang bagi duit". Aku terkial-kial mencari serpihan-serpihan syiling disudut bilikku dan didalam beg, sekiranya ada.
Asalkan cukup untuk membayar tol. Dalam dompet hanya 30 Ringgit untuk diberi.

Renungan:
Tidakkah itu nilai, etika dan sifat seorang lelaki? Yang setia, perihatin, mengasihi dan menghormati? Apakah itu sifat manusia sejati? Lelaki sejati?

- Jangan hina, jangan sesekali. Aku lagi tua pengalaman daripadamu. Aku tahu bagaimana ingin membangkitkan mereka tanpa keluar titisan air mata sewaktu pagi dan tenangkan mereka dengan sebuah buku atau nyanyian sebelum tidur. Sekali lagi, jangan pandang rendah.

Kalau aku boleh bukukan kehidupan aku, sudah lama, tetapi apa yang perlu orang ambil tahu? Lagipun, ternyata perdebatan sentiasa menanti aku, banyak lah nanti komplikasi yang bakal aku terima dan untuk memerangi masalahnya?
Tutup mata, tutup telinga, tutup hati, tutup jiwa.

Rumusanku:
Entah bagaimana dan mengapa aku perlu meluahkan didalam jurnal aku ini, ternyata yang boleh dibaca dikhayalak umum. Aku terserah kepada sesiapa yang ingin merumuskan apa yang aku lalui ini, sebagai satu renungan atau barangkali senjata untuk menguatkan lagi sesetengah individu untuk kecapi kejayaan mereka untuk memusnahkan hidup aku, senang sebegitu rupa. Aku percaya bila kita berfikir, yang baik sentiasa datang dari Tuhan. Yang buruk itu, dari kita sendiri.

Ibu, aku melihat tangisanmu dalam hatiku.
Aku bukan seorang yang kejam, tetapi aku dikejami oleh mereka.
Aku sentiasa menjadi mangsa diatas mereka yang desakkan kelemahan,
Tetapi, hatiku disini, disini terukir,
Lama tidak lagi mengundang,hatiku hancur,
kerna usahaku bina kini musnah kerana mereka yang membenci.



Disini bermulalah perjalananku mencipta rentak ‘Suatu masa dahulu’. Muid, selamat mencuba.




______
* I am just a weak turtle. But all of them wants a piece of me. The only thing that is left for me is just a shell, there’s nothing more for you to take. Now you even want to steal and break my shell?!? Why?

1 opinions :

Didadu. said...

i was touched..