Monday, November 24, 2008

Tatapan Dari Sanubari

Daku berkarya

Berbulan tak terkira badan dan mindaku ditempatkan di arena kerjaya yang cukup mencabar, dibanjiri satu demi satu masalah dan penyelesaian. Walaupun retak badan mengenangkan periuk nasi, yang penting nikmat diberi Ilahi memberikan seribu satu penghargaan dan kesyukuran.


Sumber rezeki terkini

Barangkali doa ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan mengutuhkan pancaroba kehidupan ini agar terus mencari rezeki, dan setakat ini, aku sendiri kagum dengan diriku atas kemampuan yang dapat dilakukan, dan ketabahanku direalisasikan berkat pengalaman dan hubungan dari industri kreatif.


Akhirnya, sebuah karya dari mata fikirku.


Karya terbaru untuk pameran KLue / UOX pada 13 Disember ini, di Sg. Wang Plaza, Kuala Lumpur.


Menjadi seorang pengkarya bukanlah sekelip mata, tanpa rancangan, penerokaan dan pengalaman serta bakat, kita nan membuahkan hasil yang memberikan sesuatu yang prestij. Sekilas bertutur bersama seorang ketua pensyarah di kolej seni kreatif terkenal di Bandar Sunway, beliau meluahkan rasa kagum atas kebolehanku mengagih bakat dalam pelbagai perkara dan menyampaikan sesuatu dengan baik untuk pelajar-pelajarnya. Mungkin kerana aku bukan bengis seperti pengarah-pengarah seni terkenal yang hanya ingin melindungi kelemahan diri mereka dengan berwatakkan kemegahan dengan banjiran pengiktirafan industry sebaliknya gagal memberikan ilmiah kepada masyarakat, turut mengutuk dan mencaci pereka muda dan artisan yang berdikari seperti saya. Jangan getar, selagi ada daya, aku akan terus berkarya dan terus memberikan anugerah yang diinspirasikan oleh Ilahi.

Fajar di Bukit Lagong, Sungai Buloh



Kami jurugambar-jurugambar Flickr Malaysia sekali lagi melapangkan masa kami dengan aktiviti terkini untuk merakamkan gambar dari tapak nurseri pesakit kusta di Sungai Buloh. Ia sebuah tempat yang memberikan seribu satu pengalaman yang membekalkan keindahan alam, dan penempatan masyarakat yang terperincil dan amat harmoni.



Julat Dinamik Tinggi (HDR) adalah antara konsep yang ingin dikecapi seterusnya mengunakan banyak kaedah suntingan gambar untuk memberikan lebih kualiti dan dinamik.


Dingin

Diri mencari sebuah jawapan mengenai cinta. Cinta itu suatu perasaan kompleks buat kamus kehidupan kerana aku seringkali dipupuk dengan perasaan negatif untuk membuka hatiku untuk melemahkan hatiku ini. Setiap sudut ingin mencari rasa yang dapat memenuhi kekosongan dan kesepian, namum tak selamanya bahagia kerana ragu-ragu yang hadir mengoyakkan ketulusan untuk bercinta.

Satu epilog yang indah tetapi kekekalan yang tak akan dikecapi. Aku akan sentiasa dihantui kekosongan, walaupun cinta lain diwarkahkan dari keluarga dan rakan tersayang.

Buatmu

Pedih, By Muid Latif

Pedih, satu perasaan ulung membara jiwa,

Melilit tangisan pilu membanjiri sanubari,
Tertanya kesangsian yang meretakkan harapan,
Kerna kesilapan aku kecilkan duniaku sepi.

Cinta senang dihembus kata,
Entah mana pula perasaan terkira,
Disudut ini goyang pemikiran,
Pendirianku dulu kukuh kian pudar.

Hadirmu dimana?
Pelukmu dimana?
Mata mindaku kepadamu mana?
Hilang perasaanku dimana?

Pengorbananku memberi seribu keikhlasan,
Saat ku memerlukanmu mengiringi kehampaan,
Kau getarkan keraguanmu dengan ungkitanku,
Sering salah tingkah lakuku dimatamu.

Kini ku mengulangi kesilapanku,
Kerana impianku yang diidamkan musnah,
Lalu aku pergi membawa diri,
Hanya kekosongan duka mengiringi destinasiku.

_
Ditulis tulus dari sanubari yang rendah dan terkilas, lara mencari kegelapan.