Tuesday, February 21, 2006

Yang Jauh Hari-hari datang membanjirkan kasih


Wajah sayu, menuju 27. Usia yang makin pudar.


Sudah sekian lama aku tidak meluangkan masa untuk mencatatkan perjalanan kehidupan seharianku dalam jurnal ini. Aku kurang sihat. Badanku amat lemah akibat dari latihan yang tak terkawal di pusat gim Sabtu lalu. Akibatnya otot-ototku sengal, dihadiri pula dengan demam dan selsema. Aku tidak dapat tidur dengan lena. Jumaat ini tibalah masanya untuk aku menentukan jiwaku.

Bila kau harapkan cinta
aku tak percaya lagi akan apa yang kau beri
aku terdampar disini tersudut menunggu mati
aku tak percaya lagi akan guna matahari
yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini
aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat
mengapa ada derita bila bahagia tercipta
mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan...
- Sheila On 7.

Berkali-kali aku nyatakan tentang bisanya bercinta. Ia lebih celaru bila ia berada dalam maya terhalang. Dia berkali-kali menghantui hidupku, meyakini bahawasanya hatiku dapat terima kembali kehadirannya. Aku begitu prajudis tentang apa ertinya cinta kerana pada dasarnya ia tidak wujud. Masakan sekarang orang 'berdua' kerana tanggungjawap, tetapi hati dan mata memberontak untuk sesuatu yang baru, yang tak jemu. Bukankah pada abad ini kerana di abad ini manusia mengejar kepentingan diri, kekayaan yang datang dalam gengaman tangan mahupun sebesar padang?

Persetankan jikalau dia ingin berubah. Hatiku tetap tawar untuk menerimanya kembali, walaupun dirayu dan dibanjiri kata-kata yang aku anggap tak rasional. Apa guna aku beremosi dengan perkara yang tidak ada tujuan. Aku tak mahu kejar air sungai yang mengalir tanpa tahu kemana arahnya berakhir. Mata hatiku cuma perlu teruskan perjalanan yang lurus dan sedia ada.

Jerome sahabatku berpesan kepadaku, biar bangga dengan apa yang ada dalam diri kita kerana kita unik. Aku yakin akan motivasinya.

Aku ada lagi tiga purnama untuk bernafas. Makin hari, aku tak dapat merasa udara yang jernih. Berlalu aku memetik jari dan melangkah pergi.

1 opinions :

Rudy? said...

wow..dah berumur dah ko ek mued...moek skit..keke