Tuesday, May 06, 2008

Bicara 'Unity'

Sekian lama tidak menulis jurnal digitalku dalam bahasa Melayu. Ini mengingatkan saya dengan perisitwa ‘menarik’ ketika ditemuramah oleh Sultan Muzaffar untuk Astro Awani pada 24hb April tempohari (kerana saya agak kaku ditemuramah dalam bahasa Melayu) bagi menjayakan projek UNITY yang dikendalikan oleh Pete Teo bersama rakan-rakan (termasuk saya)

Projek yang dinamakan ‘Malaysian Artistes For UNITY’ adalah gabungan artis-artis tempatan termasuk personaliti yang dikenali di Malaysia bagi menyumbangkan bakat mereka didalam lagu dan video ‘Here In My Home’ yang juga diarahkan oleh Yasmin Ahmad dan Ho Yuhang. Lagu dan video 'Here In My Home' boleh dimuat-turun pada masa terdekat, Insya'Allah.




Video Teaser of ‘Here In My Home’


With me are recent 15th AIM winner, Atilia (Best Video) & Suki (Best New Artist)

The Amazing Atilia

Saya amat terharu kerana diberi peluang bekerja dengan Yasmin Ahmad, walaupun tidak secara langsung, namum kehadirannya didalam set di KLPac membuatkan saya rasa gembira kerana dapat saksikan beliau ‘in-action’ bersama krew-krew beliau yang amat rajin dan bertungkus-lumus memastikan semua berjalan dengan lancar. Video ‘Here In My Home’ akan diterbitkan di Astro dan di beberapa rangkaian dimasa hadapan, Insya’Allah. Dapatlah saya melihat penampilan satu-dua saat saya bersama rakan-rakan artis lain seperti Izzy, Alex dari SingleTrackMind (sangat rendah diri dan baik orangnya) didalam video tersebut. Turut di set pada hari itu adalah rakan-rakan artis yang biasa saya jumpa seperti Atilia, Ida Nerina, Jaclyn Victor, Suki (sangat comel dan aktif bertutur dalam bahasa Melayu), Kamal Sabran (dari Perak), Awie, Afdlin Shauki, Sultan Muzaffar, Ajami (Blogger/Writer), KLG Squad, Pang (The Annexe), Jerome, Fid Fathir (rakan jurugambar yang turut bersama saya ketika saya di Jakarta March lalu), Reshmonu dan beberapa artis yang lain.

More reviews at: KLue #115 & Yasmin The Story Teller.

Bagi mereka yang mendapat SMS dari Pete Teo mengatakan saya akan turut menyumbangkan rekaan saya untuk kapal terbang AirAsia A320, dukacitanya saya tidak dapat memberikan komitmen saya disebabkan komitmen saya sebagai Pengarah Kreatif untuk projek WCIT & IAP. Saya juga kini sibuk mereka beberapa cover art (album) untuk indie artist tempatan seperti Hunny Madu, Nabil dan sebuah kumpulan metal (underground). Moga-moga dapat terluang masa saya untuk menyiapkan rekaan-rekaan mereka.

Kekurangan 2kg & Hal-hal kerja

Persediaan untuk World Congress on IT (WCIT) 2008 & Persidangan ‘International Advisory Panel’ pada bulan ini menyebabkan saya banyak menghabiskan masa di pejabat sehinggakan kerja dari rumah bagi memastikan kerja-kerja saya dilaksanakan. Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak rekaan yang perlu dibuat. Buat kempen IAP, saya telah membuat arahan seni dari rekaan dari poster ke iklan, buku program, tag krew, pas untuk pengunjung, welcome banners, template powerpoint, online web banners, wallpaper hingga lah ke video dan animasi.



Saya juga kini turut membabitkan diri saya dalam menjayakan sebuah filem arahan rakan saya, Ariff Aris bertajuk 'meniPULATE'. Saya akan bertangungjawab bagi menjayakan kempen web bersama rakan saya Jimmy.

Groovienfunkiegirl
Karya terbaru: 'Ms. Novelity'

Azam saya tahun ini bagi menghasilkan kerja-kerja illustrasi dan rekaan berjalan lancar. Tiap-tiap bulan, ada saja karya-karya baru dihasilkan walaupun saya amat sibuk. Bagi saya, menghasilkan karya adalah suatu kebebasan yang mengimbangkan kreativiti saya dihari saya dalam stress dan tekanan.

Oleh disebabkan masalah kulit yang ketara kerana alergi terhadap makanan laut, akibatnya kulit saya mengalami lebih banyak jerawat disekitar belakang badan. Dengan nasihat doktor, boleh kata setiap minggu saya membuat rawatan scrub badan di beberapa spa di Kuala Lumpur, banyak juga wang dihabiskan untuk membeli ubat selain spa. Sekiranya antara pengunjung mempunyai kaedah tradisional yang boleh diperkenalkan kepada saya, saya sudi mencuba, asalkan ia tidaklah membabitkan ilmu bomoh (ilmu hitam). Disebabkan itu, saya perlu mengamalkan pemakanan sihat seperti sayur-sayuran, maka saya perlu mengelakkan pemakanan daging merah seperti beruang, itik dan dugong dan kurangkan 'white meat' seperti ayam. Diet ini juga menyebabkan saya turun berat badan hampir 2kg, dari 60kg ke 58kg :-( . Terima kasih juga kepada rakan saya Rajan yang telah memberikan beberapa tips penjagaan pemakanan.


Jalan-Jalan Tangkap Gambar

Seperti biasa, setiap bulan saya pergi sekitar Lembah Klang bersama rakan-rakan dari kumpulan KLickr dan baru-baru ini saya bersekempatan untuk menangkap gambar bangunan dan lanskap di Istana Kellie, Perak.

Anti Gravity @ Kellie's Castle
Gambar diambil oleh Hafiz Latif, dan disunting oleh saya.

Adik saya, Hafiz mula menunjukkan bakatnya dalam fotografi. Saya amat terharu melihat darah kreatif mengalir dalam keluarga saya. Ada beberapa gambar beliau diambil dengan menggunakan camera SLR saya dan beliau sendiri telah mengendalikan setting dengan baik untuk mendapatkan pendedahan cahaya yang sesuai.

Saya juga sedang memberikan nafas baru dalam persembahan fotografi saya supaya dilihat lebih kontemporari.

Uniting Obscurity
Fotografi Seni Bina: ‘Uniting Obscurity’, sekitar jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Outro

Banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini dan saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya pelbagai peluang terbuka. Saya akan mengemaskini entry ini dari masa ke semasa terutama tentang video 'Here In My Home', Insya’Allah. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.



_

9 opinions :

abdullahjones said...

;)

Al-Akhzar said...

nice picture! (u & ur brother). u shud teach me how to do it..hehe, konsep stalaktit & stalagmit. Very creative...

azhar said...

perghhh,,,

dah jadi celebrity,,bersama-sama artis,,yg big name kat Malaysia pulak tuh,,

nice photos...

cayalah..wish i am creative and multi talented like u

roxychick said...

muid! muid! muid! omg!!!

i was watching the vid and then i thot i saw you! demn it was you!!

how you've been? remember me tak? you were my backup vocals for the natalie imbruglia's torn song masa induction party budak2 grafik?

and you're my cousin's friend...

ni muharra laa..

drop by my blog and you'll remember me.

alahai muid.. =D

roxychick said...

yelah incek muid!

meor is doing great.
dia memang camtu, kerek always.

as for his sis, she's married.
ada baby boy yg nak masuk 1 tahun next month..

great! great!

Faizal Mukhtar said...

swell job on the video. aku tengok. aku suka. aku support.

tutu5 said...

Here in my home is a nice song :) and nice MV

Muid Latif said...

thanks guys..truly appreciate. keep supporting this campaign as much as possible.. :-)

ANIQ said...

alamak bestnye adik beradikku berposing!:O)