Tuesday, May 31, 2011

Janakan Kreativiti Anda Dengan Adobe Creative Suite 5.5

Pelancaran perisian versi terbaru Adobe Creative Suite 5.5 baru-baru ni sekali lagi memberikan kuasa maksima dalam membangunan kandungan Interaktif untuk media baru terutama ekslusif buat pengguna peranti tablet dan telefon mudah alih seperti iPad, Blackberry Playbook, Android dan juga yang lain.

Sebagai seorang peserta program ‘Pengaruh Adobe”, saya dipilih untuk menyentuh beberapa fungsi terbaru di dalam perisian Adobe Creative Suite 5.5 terutamanya InDesign 5.5 dan Flash Catalyst 5,5 yang memberi kreativiti tanpa terhad dengan penggunaan tool yg berfungsi utk mempermudahkan produksi rekaan terutamanya bagi industri penerbitan majalah digital dan buku elektronik terutama bagi pengguna peranti tablet seperti iPad, Playbook, Samsung Galaxy Tab, dan lain lain.





Sebagai pembina kandungan interaktif, kualiti & efisiensi yang menggunakan perisian seperti Adobe InDesign 5.5. berlipat ganda dalam membina portfolio untuk iPad yang ternyata tidak mustahil. Ia menjadikan produk yang kita ingin sampaikan memberikan impak yang positif dan berkesan. InDesign yang dahulunya menerhadkan penggunaan terbitan secara digital, kini, ia memudahkan pengguna untuk menerbitkan majalah digital dan buku digital yang boleh dipasarkan di merata dunia.


Antara fungsi-fungsi yang menarik minat saya adalah seseorang pengguna tidak perlu mempunyai latarbelakang pengaturcaraan komputer seperti ActionScript, HTML, XML dan lain-lain untuk membuat majalah berbentuk digital, ini semua tidak mustahil dengan perisian Adobe Flash Catalyst CS5.5.


Apa itu Flash Catalyst? Ia adalah sebuah perisian rekaan interaksi hebat yang memberikan anda transformasi kandungan kreatif dari Adobe Photoshop, Illustrator dan Firework menjadi sebuah projek interaktif yang begitu canggih, konsistan dan berkesan.


Flash Catalyst juga berintergrasi dengan satu lagi aplikasi iaitu Flash Builder 4.5 yang memberi ruang bagi pembina kandungan mobil untuk mencipta aplikasi-aplikasi mobil Flex atau ActionScript® yang boleh memberikan lebih kreativiti contohnya aplikasi yang dapat melakar sesuatu lukisan secara digital dengan sentuhan jari pada skrin tablet yang dapat menghasilkan sesuatu karya seni atau rekaan tanpa mengotorkan tangan dengan alatan-alatan seperti cat minyak, cat air, berus dan lain-lain.


Kini, bukan saja kita dapat melihat sekadar kandungan pasif dalam sesebuah majalah digital atau buku elektronik malah berpeluang menghayati sesuatu kandungan dengan paparan gambar paranoma yang boleh dialih diserata layout majalah (pan & zoom), memperbesarkan sesuatu imej, menonton video secara langsung dari peranti tablet dan juga memainkan fail berbentuk animasi.


Bukankah begitu mudah untuk kita membina sesuatu kandungan interaktif yang dapat meluaskan kreativiti kita? Inilah masanya untuk anda menerokai keistimewaan yang dipaparkan dalam versi terbaru Adobe Creative Suite 5.5!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Adobe dan muat turun demo versi terbaru CS 5.5

_

0 opinions :