Thursday, August 24, 2006

True Colors That Shines Upon Us

Bismillahirrahmannirrahim.

Sekilas Pandang: Pernahkah kita:


Mempunyai rakan yang dianggap berilmu, berpendidikan, kelihatan baik budi pekerti tetapi pada hakikatnya, mereka itu adalah musuh dalam selimut?

Sebenarnya, tanpa kita sedari, adakalanya ‘rakan-rakan’ yang kita sanjungi sebenarnya mendendamkan perasaan tidak suka terhadap kita, ada kalanya mereka benci, iri hati dan berdendam (negatif).

Al-kesahnya, aku terdapat seorang rakan yang aku sanjungi (dan masih akan aku sanjung) selama ini, dan kini, atas situasi yang tak terduga dan tidak boleh dielakkan, aku diperbaharui dengan pelbagai masalah, dan mereka sering meletakkan kata noktah atau kesimpulan tentang diriku tanpa menyiasat apa yang sedang berlaku. Oleh itu, barulah aku sedar bahawa sebenarnya dia dan rakan-rakanya sebenarnya tidak pernah selesa dan malu akan kewujudan aku didalam kelompok mereka. Aku rasa terkilan kerana dihina dengan sebegitu rupa, bahkan luaran ditampil dengan watak yang ceria tetapi dalamnya nyata bersifat negatif terhadap aku. Beliau disokong oleh orang-orang yang sudah lama meletakkan sifat iri-hati, dengki dan benci bila dihadiri dengan persaingan-persaingan yang mekar dalam dunia ‘kreatif’. Aku tidak perlu menilai dari segi pendidikan yang diperolehi dari mereka mahupun sekiranya mereka mempunyai tiang agama yang utuh, kerana ia tidak penting kerana selagi mereka Manusia dan memegang 'Melayu', mereka akan terus berfiesta salah-sangka dan saling mengfitnah tanpa usul periksa. Kadang-kala, aku sering mendapat pelbagai soalan mengapa aku berkawan dengan kelompok itu, namun alasanku adalah kerana nilai kreatif yang mereka ‘
anuti’. Aku juga dapati kelemahan aku rupa-rupanya disimpan oleh mereka untuk dijadikan senjata untuk menjatuhkan dan mengaibkan aku.

Aku mungkin terkejut dengan sifat mereka ini kerana aku sendiri mengakui aku juga silap menilai sebuah erti persahabatan. Yang pasti, aku rasa seolah 'daging kulitku disiat-siat dan dicampakkan ke dalam kandang binatang yang sedia menjamu'. Inilah dia erti keikhlasan yang selama ini dilimpahkan, kerana aku begitu naif percayakan akan erti ‘afaksi’ dan erti ‘kekeluargaan’ dalam tali persahabatan. Jasa, Budi dan pengorbanan itu tidak perlu dinilai dan boleh dilupakan bagai 'membuang mencampak kertas kosong didalam tong sampah'. Kini, yang tinggal, hanya serpihan-serpihan yang tak saling boleh aku gabungkan untuk menjadi semula sebuah gambaran yang indah, kerana pada realitinya, mereka rupanya yang mencampak aku. Aku tak perlu simpati orang dan aku tidak mahu orang menggangap aku mangsa keadaan tetapi yang penting, aku ingin berceritakan tentang ‘penganiayaan’ yang berlaku antara sebuah persahabatan. Namun, aku tak salahkan mereka kerana mereka bukan Nabi, bukan sempurna.



Arti sebuah kemerdekaan
Kini 49 Tahun merdeka! disambut dan diulang dengan keretakkan komuniti yang tidak lagi mementingkan erti silaturrahim, sebaliknya perkataan 'fuck off' atau 'fuck Merdeka' dilaungkan. Mari kita berfiesta! Kita terbalikkan tikar solat kita kerana kita pentingkan dunia hiburan dan dunia kerjaya sedangkan jauh disana, di Lubnan contohnya, orang berperang dan umat mencari peluang bersatu, saya ulangi BERSATU. Tetapi di Malaysia, Melayu Islam makin lalai. Sampai bila Melayu akan bersatu sekiranya Melayu sendiri tidak sedar akan kehilangan rohani dan akhlak peribadi kerana kita terlalu mempraktikkan dan 'membeli' budaya barat.
Kita bermegah-megah dan mementingkan budaya luar yang kononya memberi kita peluang untuk melahirkan sepasang sayap ke arena populariti. Maka terbiarlah perayaan Israk Mikraj, malah hari tersebut juga merupakan hari yang melahirkan individu dengan hati yang hitam dan busuk untuk mengaibkan seseorang kerana budaya barat itu penting baginya.

Bukan itu saja, baru-baru ini, terdapat beberapa situasi yang membuat aku terkejut kerana surau dan masjid yang saya kunjungi sewaktu berada di MMU Cyberjaya untuk Solat Jumaat dan di Bandar Tun Razak, Rompin, Pahang amat mengecewakan. Tandasnya amatlah kotor dan berdaki, seolah tidak pernah dibersihkan setahun. Lantai di masjid MMU amat hapak baunya. Kadang kala kita dapat pastikan ianya hancing, seolah terdapat tikus yang berkeliaran dan membanjirkan najis-najis. Kemana duit yang pengunjung mendermakan kepada pihak masjid MMU tersebut? Tikarnya masih tidak ditambahi, tiada ubahsuai dilakukan. Apa yang sedang berlaku? Ramadan akan menjelma kembali, dan kali ini, aku akan diuji. Moga jiwaku akan dibersihkan dengan kata-kata motivasi dari Yang Esa. Aku ingin mencerminkan diriku agar aku dapat sedar, dan setiap langkah yang aku ambil, aku akan perbetulkan, kerana dengan DIA sahaja, Yang Esa dapat membentuk kesabaranku untuk terus berjuang dalam hidup aku.

p/s: Aku disini bukan ingin menunjukkan yang aku waraq dan mempunyai ilmu agama yang tinggi, malah aku banyak mempertikaikan perkara utama dalam kepercayaanku, tetapi penulisan ini berhasrat untuk mengingat diriku agar aku tak menyimpang jauh, dan seterusnya maju kehadapan dalam bentuk positif.

Si Comot
Bagi rakanku yang hilang dan kembali, yang aku sentiasa marah tapi menerima pendapatku agar dapat meningkatkan pencapaian diri, yang di'laknati' dan sentiasa disayangi, Perez, kaulah sebenarnya kawan aku yang satunya hargai aku, dan menyayangi aku serta adik beradik ku, dan orang-orang tuaku. Kau adalah ahli keluargaku, walaupun kita saling bertelingkah pendapat, dan ada perasaan tidak puas hati, namun setiap detik, kau ada disini dan kau berikan pendapat rasional, untuk menjadi lebih positif. Kau ingin aku berdiri di jalan yang benar. Kini, aku perlu berhati-hati kerana manusia itu sebenarnya hipokri, termasuk diriku.

Jangan salah anggap, post sebelum ini tidak berkait-rapat dengan Perez kerana saya membicarakan tentang individu lain. ;-)

Ini adalah sebuah mengajaran dan tauladan untuk semua, kerana dalam dunia ini, kita perlu tahu bahawa manusia sering mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri mereka sendiri, supaya cita-cita mereka boleh dikecapi dan dibanggakan.

_

Notis:
Saya menulis dengan tenang, dan diturutkan dengan niat untuk kita merenung dan berfikir tentang sifat semulajadi manusia. Saya tidak perlu meraik simpati atau membuktikan bahawa saya mangsa keadaan kerana saya bukan mangsa, cuma ia tibalah satu masa untuk saya merasai kehebatan ditikam dari belakang ;-). Kesedaran ini akan mendidik saya agar lebih berhati-hati memilih kawan, dan sekali gus, berusaha untuk membentuk diri dan sifat saya kearah yang lebih positif. Sabar hendaknya.


Aku masih berkarya / Work Updates:

Aku tidak mati dari menghasilkan kreativiti. Aku tidak perlu mengatakan, malah aku cuma perlu tunjukkan apa yang aku boleh lakukan. Selagi rezekiku ada terbentang, selagi itu aku akan berkarya. Aku turut gembira kerana pada hari Ahad yang lepas, aku berjaya mengutipan wang untuk tujuan kebajikan di Karnival Ulangtahun ke-10 MSC di Cyberjaya. Sumbangan yang diterima akan didermakan kepada perbadanan MERCY Malaysia. Terima kasih kepada semua warga Saladin / MDeC kerana mengambil initiatif yang penting untuk berkarya sambil beramal.

Tersebut adalah sebuah produk terbaru interaktif dari saya; Fifoto Weddings.

Fifoto Weddings

Walaupun laman web ini statik dan simple, namun saya mengambil kesempatan untuk menghasilkannya dalam bentuk Flash. Enjoy!

NRGY!



Karya digitalku yang terbaru dipamerkan didalam Urban Collective, sebuah portal rekaan hasil rakan dari Australia, En. Mike. Buat masa ini, U.C tidak dapat dikunjungi kerana masalah server.



Submission karya untuk DMP Magazine adalah amat menggalakkan. Terpapar di blog ini adalah teaser majalah elektronik, yang akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan September, 2006.

Photography Works:
Sedang menjinakkan diri dengan seni fotografi.

Photography
Visit the photo gallery of the Rompin Trip.

Last but not least, gambar trip saya dengan dua orang warga MDeC untuk membentangkan trailer Saladin, di Forum Perdana, Rompin, Pahang yang akan berlangsung di TV1, malam ini.
Buat siapa yang tidak pernah lihat forum perdana, ia adalah sebuah program yang patut dilihat, selain rancangan One In A Million atau Akademi Fantasia.

_
I keep giving my love and trust until the day you decide to push me away..

2 opinions :

Didadu. said...

fifoto wedding is a adorable n cute name plus the picture felt so warm..

em wonder y?

Anonymous said...

assalamu'alaikum bro,

alhamdulillah...it's been a while since i saw you at Yap Kwan Seng...so how's life lately?...

nampak ketara beberapa "perubahan" i see...baguslah bro...keep up on it...the islamic world needs artist like you bro...it's your responsibility to "colour" it...and sadly we're lacking of it...

well...you know where to get me...should you have anything...see ya!